WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang mempertimbangkan tindakan susulan terhadap Iran selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mendakwa menyerang sebuah kapal tangki di Selat Hormuz.
IRGC pada Jumaat mendakwa kapal tangki berbendera Togo, Trend, cuba melalui Selat Hormuz secara “tidak sah” sebelum diserang sehingga berlaku kebakaran dan kapal itu terpaksa dihentikan.
Bagaimanapun, butiran mengenai serangan berkenaan, termasuk keadaan kapal dan muatannya, belum dapat disahkan secara bebas.
Perkembangan itu berlaku ketika Trump berkata beliau sedang menghampiri satu keputusan besar berhubung tindakan seterusnya AS dalam konflik dengan Iran, termasuk kemungkinan meneruskan serangan ketenteraan berskala besar.
Ketegangan di Selat Hormuz turut mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan laluan perkapalan dan bekalan tenaga global, memandangkan kawasan itu merupakan laluan strategik bagi perdagangan minyak dan gas antarabangsa.
Insiden terbaharu itu menambah tekanan terhadap keadaan keselamatan maritim di Teluk, ketika konflik AS-Iran terus memberi kesan kepada aktiviti perkapalan dan pasaran tenaga dunia.
Sumber Info: Astro Awani - Agensi
https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-pertimbang-tindakan-terhadap-iran-irgc-dakwa-serang-kapal-tangki-di-hormuz
Sumber Gambar: Reuters - AFP (Orang ramai memandu melepasi papan iklan berkaitan Selat Hormuz yang dipasang pada sebuah bangunan di Tehran, Iran)
Comments
Leave a Reply