Geopolitic

Sarawak salur RM100,000 kepada setiap keluarga petugas helikopter FDS terhempas

KUCHING -- Kerajaan Negeri Sarawak akan menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas yang terlibat dalam kejadian helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, semalam.

Kerajaan negeri dalam kenyataan menerusi media sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan bahawa pihaknya turut akan menanggung sepenuhnya yuran pendidikan anak-anak mangsa yang masih bersekolah melalui Yayasan Sarawak.

“Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju agar bantuan berkenaan disalurkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan Sarawak bagi membantu meringankan beban keluarga dan waris terlibat.

“Tanggungan penuh yuran pendidikan itu turut mencerminkan penghargaan terhadap pengorbanan para petugas berkenaan yang telah memberikan perkhidmatan kepada rakyat, khususnya masyarakat di kawasan pedalaman,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang, dengan helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.


Sumber Info: Bernama 
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2604988 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply