Geopolitic

DBS Berdepan Saman S$1.30 Bilion Berkaitan 1MDB

SINGAPURA: Bank terbesar Singapura, DBS Bank Ltd, berdepan saman yang menuntut ganti rugi kira-kira S$1.30 bilion (S$1=RM3.22) berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam kenyataan pada Rabu, DBS memaklumkan saman itu difailkan oleh penyelesai bagi pihak empat syarikat, iaitu Affinity Equity International Partners Ltd, Blackrock Commodities (Global) Ltd, Platinum Global Luxury Services Ltd dan TKIL Global Investments Ltd.

Penyelesai berkenaan ialah Jason Aleksander Kardachi dan Karnjote Singh s/o Jarmal Singh.

Menurut DBS, pihaknya telah mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang dan menolak tuntutan berkenaan dengan tegas, selain akan mempertahankannya sepenuhnya.

“Adalah menjadi rekod awam bahawa usaha mendapatkan semula aset berkaitan 1MDB dilaksanakan di peringkat global dengan sokongan penasihat undang-undang sejak 2018.

“Sepanjang tempoh itu, tiada sebarang tuntutan dibuat terhadap DBS,” menurut bank berkenaan.

DBS turut memaklumkan bahawa berdasarkan penilaiannya ketika ini, tiada peruntukan perlu dibuat berhubung tuntutan tersebut.


Sumber Info: Bernama - Astro Awani 
Sumber Gambar: The Sun Malaysia & AFP

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dbs-bank-berdepan-saman-s13-bilion-berkaitan-1mdb 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply