Barisan Nasional (BN) mengesahkan dominasi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 selepas melepasi ambang majoriti dua pertiga untuk membentuk Kerajaan Negeri baharu. Menerusi keputusan terbaharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 12:16 tengah malam, BN secara rasminya telah menguasai 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, berbanding Pakatan Harapan (PH) yang meraih 7 kerusi.
Andy Burnham, yang dijangka menggantikan Keir Starmer sebagai Perdana Menteri UK, berikrar mempertimbangkan sekatan tambahan terhadap Israel susulan dakwaan pelanggaran gencatan senjata di Gaza, peluasan penempatan haram dan peningkatan keganasan di wilayah Palestin.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tiga maklumat berkaitan dakwaan rasuah sempena PRN Johor setakat 8 Julai, termasuk satu laporan daripada petugas SPR di Batu Pahat, dengan semua kes kini dalam siasatan.
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh dan akan terus menjalankan tugas sehingga penggantinya dipilih.
Selepas hampir empat bulan peperangan, AS dan Iran mencapai persetujuan awal menerusi MoU 14 perkara yang membuka laluan kepada rundingan damai menyeluruh.
Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) mengalu-alukan perjanjian damai antara AS dan Iran, yang bakal mempercepat pelan pemindahan ribuan pelaut yang terkandas di Selat Hormuz. Langkah ini menyusul selepas pengumuman pembukaan semula laluan maritim penting itu susulan memorandum persefahaman menamatkan perang oleh kedua-dua negara.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran bahawa Washington bersedia melancarkan semula tindakan ketenteraan terhadap Iran sekiranya negara itu gagal mematuhi perjanjian nuklear yang sedang dirundingkan. Kenyataan itu dibuat selepas AS dan Iran mengumumkan perjanjian damai yang menamatkan operasi ketenteraan antara kedua-dua pihak.
Walaupun Pas menegaskan ia kekal dalam Perikatan Nasional, keputusan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu mencetuskan spekulasi baharu mengenai masa depan pembangkang dan kemungkinan berlakunya penjajaran semula politik negara.
BN mengesahkan akan bertanding secara solo dalam PRN Negeri Sembilan selepas PH mengumumkan akan meletakkan calon di kesemua 36 kerusi DUN
Presiden AS, Donald Trump memaklumkan rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran masih diteruskan meskipun ketegangan ketenteraan di Asia Barat semakin memuncak. Beliau berkata satu perjanjian rasmi bagi menamatkan konflik melibatkan Iran dan Israel mungkin dapat dicapai dalam tempoh beberapa hari lagi.