Perancis menawarkan kerjasama strategik kepada Malaysia dalam pembangunan tenaga nuklear awam, pertahanan dan teknologi, susulan persetujuan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik.
Kerajaan Negeri Johor membuat laporan polis dan aduan kepada MCMC berhubung beberapa akaun media sosial mencurigakan yang didakwa menyebarkan fitnah serta maklumat tidak benar berkaitan projek pembangunan dan kemudahan awam di negeri itu.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai melunaskan denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sekali gus mencetuskan perhatian terhadap proses pelaksanaan baki hukuman menerusi tahanan rumah.
Pakatan Harapan (PH) mengakui berdepan cabaran lebih besar untuk mempertahankan kerusi pada PRN Melaka susulan kerjasama BN dan PN, namun tetap komited mengekalkan empat kerusi penyandang.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh penting PRN Sarawak selepas menerima pemakluman rasmi pembubaran DUN, dengan persiapan awal pilihan raya sedang dilaksanakan.
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan akan hadir ke Mahkamah Majistret Sepang esok bagi menghadapi dua pertuduhan mencederakan anggota polis mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
PDRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta melibatkan MyEG dan Zetrix AI. Setakat ini, enam saksi telah dirakam keterangan, manakala dokumen berkaitan sedang diteliti.
Belanjawan Negeri Sembilan dijadual dibentangkan pada 27 Nov ini, dengan Persidangan DUN akan dirasmikan sehari sebelumnya. Menteri Besar Datuk Ismail Lasim berkata ketiadaan barisan Exco ketika ini tidak menjejaskan pentadbiran negeri.
Mahkamah Sesyen Shah Alam dimaklumkan representasi bekas CEO GISB Holdings dan tiga bekas akauntan syarikat itu untuk menggugurkan pertuduhan pengubahan wang haram telah ditolak, dengan kes ditetapkan untuk perbicaraan pada April 2027.
Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyerahkan kepada polis untuk menyiasat penularan rakaman CCTV di KLIA yang memaparkan beliau ketika operasi penguatkuasaan pada 28 September lalu.