Perancis mengesahkan kes import Ebola pertama melibatkan seorang doktor kemanusiaan yang pulang dari Republik Demokratik Congo, ketika pihak berkuasa memperketat langkah pemantauan bagi mengelakkan penularan virus berbahaya itu.
Malaysia dan Bangladesh memperkukuh kerjasama menerusi ASEAN bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap krisis Rohingya, termasuk melibatkan pihak berkuasa Myanmar. Kedua-dua negara turut memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga, semikonduktor, pertanian dan pendidikan.
Volkswagen bakal mengurangkan 50,000 pekerjaan menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada pelan transformasi syarikat bagi menghadapi cabaran industri automotif global yang semakin mencabar.
Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk mencipta sejarah sebagai individu pertama di dunia mencapai status trilionair selepas nilai kekayaan peribadinya dianggarkan melepasi AS$1.1 trilion (RM4.46 trilion). Pencapaian itu didorong oleh lonjakan nilai SpaceX susulan IPO syarikat berkenaan yang berjaya mengumpul AS$75 bilion, sekali gus menjadikan SpaceX antara syarikat paling bernilai di dunia dengan nilai pasaran mencecah AS$1.77 trilion.
Indonesia is capitalising on the school holiday season with the launch of BINA Indonesia Great Sales 2026, a nationwide shopping campaign offering discounts of up to 50 per cent across more than 80,000 retail outlets while promoting the country as a leading shopping tourism destination in Southeast Asia.
Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Filipina pada Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan lebih 100 mangsa. Gegaran berhampiran Pulau Mindanao itu turut mencetuskan amaran tsunami serta menyebabkan kerosakan besar terhadap bangunan dan kemudahan awam.
Taufan Jangmi mendarat di selatan Wakayama, Jepun, awal pagi Rabu dengan membawa hujan lebat serta mencetuskan amaran banjir tahap tertinggi di beberapa kawasan. Pihak berkuasa memberi amaran mengenai risiko banjir, tanah runtuh dan hujan ekstrem berterusan susulan pembentukan jalur hujan linear.
Republik Demokratik Congo merekodkan lebih 1,000 kes disyaki Ebola sejak wabak itu diisytiharkan pada Mei lalu, dengan 17 kematian dilaporkan setakat ini. Penularan wabak di wilayah timur negara itu turut mencetuskan kebimbangan serantau apabila Uganda mengambil langkah menutup sementara sempadannya bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Jepun menerima ketibaan kapal tangki minyak pertama yang melalui Selat Hormuz sejak tercetusnya perang Iran, sekali gus memberi kelegaan terhadap kestabilan bekalan tenaga negara itu di tengah ketegangan berterusan di rantau berkenaan.
OCHA memberi amaran sistem penjagaan kesihatan di Gaza semakin kritikal akibat kekurangan bekalan penting, selain serangan terhadap kemudahan kesihatan serta kesukaran mendapatkan akses air bersih dan rawatan perubatan.