Bandar Baru Bangi, 24 Oktober 2026. Festival Tari Kebangsaan Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai FesTA’26 merupakan acara tahunan anjuran Kelab Tarian Aadyamaatra, Artisukma, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti UKM.
Acara ini bertujuan untuk mengangkat seni tari di kalangan warga Malaysia ini telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak , UKM Bangi. Menampilkan sebanyak 44 kumpulan yang terdiri dari 4 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Institut Pengajian Tinggi dan Kumpulan Terbuka.
FesTA bukan sekadar sebuah acara seni, ia berfungsi sebagai wahana kebudayaan yang membina jati diri generasi muda Malaysia. Festival ini mencerminkan semangat kepelbagaian budaya negara dan menjadi platform bagi menzahirkan warisan tradisi di samping mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan orang ramai sambil mempertahankan identiti seni tarian warisan negara disamping menyemai minat terhadap seni dan budaya tempatan, malah menyumbang kepada pembangunan intelek, rohani, emosi, sahsiah dan jasmani generasi masa depan.
Usaha ini selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang. Justeru, FesTA’26 bukan sahaja menampilkan keindahan persembahan tarian tradisional, tetapi turut memupuk wawasan kebangsaan serta memperkukuh identiti kebudayaan negara. Penganjuran FesTA’26 merupakan edisi kelima, meneruskan kesinambungan kejayaan festival sejak edisi pertama pada tahun 2022.
Sepanjang penganjurannya, festival ini berjaya menarik antara 1500 hingga 2500 penonton bagi setiap sesi petang dan malam. Festival Tari Kebangsaan UKM 2026 mempertarukah hadiah Wang Tunai sebesar RM22,000.00 bagi semua kategori.
Edisi tahun ini memaparkan penyertaan 15 kumpulan Sekolah Rendah, 15 kumpulan Sekolah Menengah, 7 dari Institut Pengajian Tinggi dan 7 kumpulan dari kumpulan Terbuka.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia , YBrs. Tuan Haji Zainudin Bin Mohd Daud bersama YBrs. Encik Aizam Abu Bakar, Ketua HEPA, TBrs Encik Rosnan Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Puan Hazelina Ghazaly, Ketua Bahagian Produksi, Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan mantan Presiden KMUKM Encik Haikal Hamidi.
Bagi kumpulan-kumpulan yang bertanding, hari ini merupakan kemuncak mereka setalah menempuhi latihan yang intensif selama berbulan-bulan. Terutamanya bagi peringkat sekolah rendah dan menegah dimana setiap latihan ada kalanya setiap hari, memerlukan perhatian bukan hanya dari para pelajar yang bertanding tetapi juga ahli keluarga dan guru-guru sekolah.
Dedikasi ini adalah pengalaman sampingan yang dipupuk bagi mereka, bukan sahaja dengan rakan-rakan tetapi juga dengan keluarga-keluarga yang terlibat. Setelah sehari bertanding, penguguman pemenang berlaku sekitar 11 malam. Bagi 4 ketegori yang telah depertandingkan berikut merupakan pemenang-pemenang:
Kategori Sekolah Rendah
|
Johan |
SK Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor |
|
Naib Johan |
SK Puncak Alam 2, Shah Alam, Selangor |
|
Ketiga |
SK Danau Kota, Kuala Lumpur |
|
Keempat |
SK Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor |
|
Kelima |
SK Seri Kelana, Petaling Jaya Selangor |
|
Anugerah Kumpulan Harapan |
SK Damansara Damai 1, Petaling Jaya, Selangor |
|
Koreografi Terbaik |
SK Taman Medan , Petaling Jaya, Selangor |
|
Anugerah Busana Emas |
SK Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor |
|
Anugerah Busana Perak |
SK Seri Kelana, Petaling Jaya, Selangor |
|
Anugerah Busana Gangsa |
SK Puncak Alam 2, Shah Alam, Selangor |
Kategori Sekolah Menengah Kebangsaan
|
Johan |
SMK Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor |
|
Naib Johan |
SMK Permatang Pasir, Pulau Pinang |
|
Ketiga |
SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak |
|
Keempat |
SMK Tunku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan |
|
Kelima |
SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor |
|
Anugerah Kumpulan Harapan |
SMK Assunta, Petaling Jaya, Selangor |
|
Koreografi Terbaik |
SMK Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor |
|
Anugerah Busana Emas |
SMK Kelana Jaya, Petaling jaya, Selangor |
|
Anugerah Busana Perak |
SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor |
|
Anugerah Busana Gangsa |
SMK Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor |
Ketegori Institut Pengajian Tinggi
|
Johan |
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang |
|
Naib Johan |
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak |
|
Ketiga |
Management & Science University, Selangor |
|
Anugerah Khas Juri |
UNITEN Kampus Putrajaya, Selangor |
|
Koreografi Terbaik |
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang |
|
Anugerah Busana Terbaik |
Univerisiti Pendidikan Sultan Idris, Perak |
Kategori Terbuka
|
Johan |
Senada Tari |
|
Naib Johan |
Nyala Dance Theatre |
|
Ketiga |
Surisakti |
|
Anugerah Khas Juri |
Rantaka |
|
Koreografi Terbaik |
Senada Tari |
|
Anugerah Busana Terbaik |
Senada Tari |
Comments
Leave a Reply